Sebanyak 4.7 juta kenderaan dijangka berada di atas jalan raya di seluruh negara sempena Hari Raya Aidilfitri bulan depan.<br /><br />Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim berkata, pihaknya akan mengatur gerak seramai 6,559 pegawai dan anggota trafik bagi memastikan kelancaran serta keselamatan trafik.